Semasa membuat promosi di Giant Nilai minggu lalu, kami telah bertemu dengan seorang makcik yang mencari penawar untuk penyakit kencing manisnya. Menurut beliau, sebelum ini dia mengambil sejenis minuman jenama M*na**e kerana disyorkan oleh seseorang kepadanya. Produk ini juga menggelar diri mereka sebagai Superfood! Selepas meminumnya, bacaan paras gulanya telah melonjak ke 20 (tak sure unit apa). Risau akan keadaan tersebut, beliau serta merta berhenti meminum minuman tersebut. Bacaan gulanya turun ke paras 15 (tak sure unit apa).
Memandangkan kedai dimana kami adakan promosi tersebut ada menjual minuman yang diambil oleh makcik tersebut, saya telah mengambil botol minuman tersebut dan menunjukkan kepadanya maklumat nutrisi minuman tersebut. Minuman tersebut mempunyai 11.7g gula dalam setiap 100ml! Gambar yang ditunjukkan di bawah adalah untuk produk tersebut yang berpenutup warna ungu. Bagaimana minuman yang mempunyai kadar gula sebegitu tinggi boleh disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis pon saya tak tahu.
11.1g / 100ml |
6.8g / 100ml |
Setelah dijelaskan mengenai produk kami iaitu Bios Life C yang telah diuji secara klinikal dapat menurunkan paras gula dalam darah, dipatenkan, diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan disenaraikan di dalam Physicians' Desk Reference (PDR) sambil merasa sampel yang diberikan, makcik tersebut telah membeli sekotak Bios Life C. Mari kita lihat kandungan nutrisi di dalam Bios Life C.
Tiada kandungan gula di dalam produk ini. Inilah yang sesuai menjadi penawar kepada penyakit kencing manis. Mari kita lihat testimoni daripada pengguna pula.
Secara logiknya, adakah anda akan mempercayai produk yang mempunyai kandungan gula yang lebih kurang sama dengan Coca-cola Vanilla atau produk yang tidak mempunyai gula langsung sebagai supplemen untuk penyakit kencing manis? Berhati-hatilah ketika memilih produk untuk penyakit anda. Pastikan ia telah terbukti keberkesanannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan